PANDAI × MAIWP

Pusat Autisme MAIWP

PANDAI telah dilantik sebagai operator bagi operasi Pusat Autisme MAIWP.

Mengenai Pusat

Pusat Autisme MAIWP ialah inisiatif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk menyediakan perkhidmatan sokongan kepada anak-anak autisme dan keluarga mereka. Sebagai operator yang dilantik, PANDAI bertanggungjawab menguruskan operasi harian pusat ini dengan pendekatan profesional dan berrahmah.

Peranan PANDAI

Sebagai operator, PANDAI membawa pengalaman bertahun-tahun menyantuni anak istimewa ke dalam pengurusan pusat — daripada program intervensi, sokongan keluarga, hinggalah latihan tenaga kerja dan kesedaran komuniti.

Fokus Perkhidmatan

Program Intervensi

Aktiviti berstruktur untuk perkembangan anak autisme mengikut keperluan individu.

Sokongan Keluarga

Bimbingan dan ruang sokongan untuk ibu bapa dan penjaga anak autisme.

Pendekatan Islamik

Pembelajaran ibadah, adab dan nilai murni yang disesuaikan dengan keperluan anak autisme.

Kesedaran Komuniti

Program advokasi dan latihan untuk masyarakat memahami autisme dengan lebih baik.

Hubungi & Pertanyaan

Untuk pertanyaan mengenai perkhidmatan, pendaftaran atau lawatan ke Pusat Autisme MAIWP, sila hubungi kami.

Hubungi Kami